Sistem Jadual Waktu Akademik

PENJADUALAN LEBIH MUDAH

JadualWaktu.my direka supaya serasi dengan pelbagai institusi akademik di seluruh Malaysia termasuklah kolej dan pusat tuisyen, anda kini boleh menguruskan jadual dengan mudah dan berkesan.

Memudahkan Penjadualan

Mengurus sumber institusi melalui pelayar kegemaran anda dan menentukan slot masa tanpa kerumitan

Bila-Bila Masa · Di Mana-Mana Jua

Tandakan kehadiran pelajar pada peranti anda tanpa kertas dan pantau rekod ketidakhadiran

Tiada Kos Pendahuluan

Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan ini walaupun tempoh langganan anda sudah tamat!

Ciri Teras #1

Mengurus Sumber Institusi

Anda boleh mengurus sumber institusi termasuklah program-program, bilik kelas, pengajar, pelajar dan kemasukan.

  • Uruskan dengan mudah sama ada pada komputer, tablet atau dengan telefon pintar juga!
  • Menggambarkan ketersediaan sumber
  • Carian pantas dengan menggunakan ‘tag’
  • Eksport data ke dokumen PDF
Ciri Teras #2

Perancangan Jadual yang Fleksibel

Kini anda boleh merancang jadual anda tanpa berlakunya pertindihan masa dan tidak perlu risau lagi untuk menentukan slot masa yang ada untuk pelbagai pihak.

  • Membolehkan sesi kelas diulang setiap 7 hari untuk kelas mingguan
  • Membolehkan peruntukan sesi kelas TERLEBIH DAHULU dan penugasan pengajar KEMUDIAN
  • Menyokong banyak kelas dalam satu sesi kelas
  • Menyokong kelas gantian (relief)
  • Penjadualan semula untuk cuti umum
Ciri Teras #3

Kehadiran Tanpa Kertas

Setiap pengajar mungkin boleh diberikan satu akaun untuk menanda kehadiran pelajar menggunakan peranti mereka sendiri. Selain itu, pengajar boleh mengambil tindakan dengan menyemak rekod mereka yang tidak hadir ke kelas.

Ciri Teras #4

Menjana Laporan

Dapatkan pandangan dengan menyemak pelbagai laporan seperti butiran kemasukan program, butiran ketidakhadiran, peruntukan masa pengajar dan pelbagai lagi.

Harga

Semua Pakej Disertakan Bersama Kuota Pelajar PERCUMA

Anda akan mendapat x20 pelajar untuk setiap pakej yang dipilih berdasarkan bilangan pengajar. Sebagai contoh, pakej dengan 10 pengajar akan dikhususkan kepada 200 pelajar dan seterusnya. Selain itu, anda boleh mencipta akaun Pengajar dengan sedikit caj bagi tujuan kehadiran.

Kos Bulanan daripada MYR 99 Masa Terhad Sahaja

Minta DEMO PERCUMA sekarang dan cuba untuk 30 hari tanpa syarat.

Soalan Lazim

1. Adakah saya perlu memasang perisian untuk mendapatkan akses kepada aplikasi?

Tidak. JadualWaktu adalah penyelesaian berasaskan-awan yang membenarkan akses 24x7 pada sebarang peranti yang mempunyai pelayar web dan Internet. Ini menyingkirkan keperluan bagi penyelenggaraan IT atau sokongan berkala bagi penyelesaian hos sendiri (cth. Intranet atau jalankan pemasangan pada mesin khusus).

2. Adakah aplikasi ini boleh dipercayai?

JadualWaktu dihoskan pada Microsoft Azure yang dilindungi oleh Perjanjian Tahap Servis (SLA) dengan kebolehsediaan 99.5%. Selain itu, kami mengambil berat mengenai kerahsiaan anda dan yakinlah bahawa maklumat anda sentiasa disimpan secara sulit dan hanya digunakan untuk proses pematuhan menurut PDPA. Tambahan pula, semua komunikasi termasuklah data yang anda hantar ke JadualWaktu dilindungi dan disulitkan oleh HTTPS.

3. Adakah aplikasi ini menjana jadual secara automatik berdasarkan set kekangan pratakrif?

Tidak. JadualWaktu menyediakan pendekatan fleksibel dalam penjadualan yang membenarkan anda untuk memperuntukkan sesi kelas seperti mencipta acara di dalam Google Calendar. Namun, anda boleh tetapkan pengajar secara pilihan dan peruntukan subjek maksimum juga.

4. Saya faham bahawa proses penjadualan tidaklah secara automatik sepenuhnya. Bagaimana saya boleh memastikan bahawa jadual yang saya sediakan bebas daripada percanggahan?

Jangan bimbang kerana anda boleh melihat kebolehsediaan sumber dan memperuntukkan sesi kelas dengan mudah. Selain itu, anda boleh mengenalpasti jumlah jam diperuntukkan kepada sesebuah kelas dan subjek atau pengajar pada pandangan sisi-dengan-sisi.

5. Bagaimanakah pelan langganan berfungsi?

Semua langganan dibilkan secara tahunan dan tamat 1 tahun selepas tarikh bil kecuali percubaan percuma yang tamat selepas 1 bulan.

6. Apa yang berlaku setelah tempoh langganan saya tamat?

Anda masih boleh log masuk ke dalam aplikasi dalam tempoh sebulan selepas tarikh tamat, tetapi dengan akses yang terbatas. Sebagai contoh, ciri muat turun akan ditunaupayakan dan tambahan pengajar baharu dan pelajar tidak dibenarkan. Kami menasihatkan anda supaya menyimpan salinan sokongan sebelum penamatan servis kerana semua data yang berkaitan akan dibuang setelah tempoh bertenang 1 bulan.

7. Bolehkah saya menyimpan salinan data yang saya telah masukkan di dalam aplikasi?

Tiada masalah! Anda boleh memuat turun data institusi anda termasuklah laporan-laporan pada bila-bila masa di dalam format PDF.

8. Bolehkah anda menyediakan diskaun bagi cawangan institusi?

Ya, setiap cawangan layak menerima diskaun 10%.

9. Kami perlu menyimpan rekod bekas pelajar untuk beberapa tahun tetapi ia akan mengambil kuota yang banyak. Adakah cara yang lain?

Kami menyarankan anda untuk menggunakan kuota pelajar untuk pelajar yang aktif sahaja. Oleh itu, anda hanya boleh mengarkibkan pelajar hanya selepas mereka tamat pengajian. Data pelajar yang diarkibkan ada di dalam Laporan Butiran Pelajar sahaja dan tidak diambil kira bagi mengira kuota pelajar.

10. Saya berminat untuk mengira peruntukan masa pengajar sahaja tanpa menyimpan data pelajar di dalam aplikasi. Adakah ia boleh dilakukan?

Ya, kami menawarkan pakej tersuai dengan kuota pelajar SIFAR. Namun, anda tidak boleh menggunakan ciri kemasukan pelajar dan kehadiran. Sila hubungi kami dan kami boleh menawarkan pakej tersuai bergantung kepada keperluan ini.

Berhubung Dengan Kami

Kami menyediakan SaaS (Software-as-a-Service) dan beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Jika anda berminat untuk memohon akaun percubaan sila hubungi kami menerusi mana-mana cara di bawah.

Bisnes

Zephyr Code Studio (002637993-U)

Telefon